BM | EN | 中文

Penangguhan solat Jumaat dan fardu di masjid seluruh Johor dilanjut ke 14 April

MAINJ-PKP-14-April.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 31 MAC: Kerajaan Johor melanjutkan penangguhan solat fardu lima waktu, solat Jumaat dan sebarang aktiviti di masjid, surau dan musolla di negeri ini sehingga 14 April 2020.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Datuk Rofiki Samsudin dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Datuk Mohd Noh Ibrahim, hari ini.

“Berdasarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam mencegah penularan jangkitan Covid-19 bermula 18 Mac hingga 14 April 2020 sebagaimana keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan laporan peningkatan penularan kes Covid-19 di Malaysia amnya dan di negeri Johor khususnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta merujuk kepada kenyataan media pihak kami bertarikh 22 Mac 2020, adalah dengan ini dimaklumkan tarikh penangguhan solat Jumaat, solat berjemaah lima waktu dan apa jua aktiviti di semua masjid, surau dan musolla di negeri Johor dilanjutkan sehingga waktu Isyak hari Selasa, 20 Syaaban 1441 Hijriah bersamaan 14 April 2020, atau mengikut apa-apa ketetapan yang diputuskan oleh kerajaan Malaysia dari masa ke semasa,” kenyataan tersebut dipetik.

Advertisement

“Dalam pada itu laungan azan dan pelaksanaan solat fardu lima waktu di masjid, surau dan musolla secara berjemaah hendaklah dilakukan oleh tiga orang pegawai masjid iaitu imam, bilal dan noja selepas melepasi saringan pemeriksaan kesihatan di Pejabat Kesihatan Daerah.

“Walaubagaimanapun, penggunaan pembesar suara dibenarkan untuk tujuan azan sahaja tidak kepada yang,” tambah kenyataan tersebut.

Kenyataan tersebut turut menyeru kepada umat Islam di negeri ini untuk membacakan Qunut Nazilah bagi memohon perlindungan daripada Allah SWT dari segala wabak dan bencana serta penularan Covid-19 segera berakhir.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top