BM | EN | 中文

Penangguhan daftar pelajar di universiti, Noraini mohon maaf

Noraini-Ahmad.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 3 OKT: Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad memohon maaf berikutan penangguhan pendaftaran dan orientasi pelajar di universiti awam.

Katanya, peningkatan kes Covid-19 adalah di luar jangka dan pihaknya telah berbincang dengan semua pengurusan IPT termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam pengurusan hal ehwal penularan pandemik.

“Saya mengambil maklum rintihan dan keluhan pelajar serta ahli keluarga mereka susulan keputusan pihak IPT menangguhkan pendaftaran fizikal.

Advertisement

“Saya berharap pihak IPT dapat bersikap wajar, bertimbang rasa dan munasabah dalam menguruskan segala hal yang berbangkit berhubung penangguhan ini,” kata Noraini dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau dalam pada itu menjelaskan sejajar dasar kerajaan memberi autonomi kepada pengurusan IPT, Kementerian Pengajian Tinggi mencadangkan pendaftaran pelajar baharu dan lama di semua IPT ditangguhkan serta merta.

“Cadangan dibuat susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 sejak beberapa hari lalu,” katanya lagi.

Advertisement

Kementerian Pengajian Tinggi semalam mengumumkan pihaknya menggalakkan universiti awam untuk menangguhkan sebarang pendaftaran fizikal susulan lonjakan jumlah kes Covid-19.

Pengumuman saat akhir itu menyebabkan kesukaran kepada pelajar dan ibu bapa.

Ada diantara pelajar yang telah melakukan persediaan awal termasuk menyewa rumah penginapan, menempah tiket kapal terbang dan ibu bapa yang mengambil cuti untuk menghantar anak mereka ke IPT.

Advertisement

Susulan itu, sebilangan besar pelajar menyatakan kekecewaan mereka di laman Facebook Noraini.

Tanda pagar #MenteriKPTsilaletakjawatan turut tular di laman Twitter.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top