BM | EN | 中文

Pemulihan Sungai Kim Kim akan dicadang dalam Belanjawan Johor 2021

sungai-kim-kim.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 SEPT: Peruntukan bagi program pemulihan Sungai Kim Kim di Pasir Gudang yang dijangka bermula November ini, akan dicadangkan untuk dibawa pada Belanjawan Johor 2021.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R. Vidyananthan berkata kerajaan negeri memandang serius isu pencemaran membabitkan sungai dan cadangan membabitkan kos projek jangka panjang itu akan disampaikan kepada Menteri Besar Johor Datuk Ir. Hasni Mohammad untuk dibentangkan.

Katanya, sehinga kini jumlah peruntukan yang diperlukan belum dapat diumumkan berikutan projek jangka panjang tersebut mempunyai beberapa peringkat dan fasa.

Advertisement

“Berkaitan kos, ia bergantung sebab ia ada secara berfasa… ada fasa 1, 2 dan seterusnya, tetapi kalau hendak lebih mendalam mungkin Menteri Besar akan buat pengumuman dalam bajet akan datang.

“Kami sedang usaha ke arah itu…Ini mungkin cadangan dari pihak saya tetapi terpulang kepada Menteri Besar (untuk memutuskannya) tetapi kerajaan negeri menerima semua kertas cadangan yang dikemukakan oleh universiti,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Syarahan Perdana Profesor Dr Abdull Rahim mengenai ‘Penyelidikan Translasional : Ayer Baloi, Pasir Gudang, & Kemboja’ di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini, semalam.

Advertisement

Menurutnya, projek ‘University for Society’ (U4S) bagi Rehabilitasi Sungai Kim Kim, Pasir Gudang yang dijangka memakan masa dua hingga tiga tahun itu melibatkan empat universiti tempatan termasuk UTM, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (Usim).

Katanya, inisiatif yang disertai Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPENJ) dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JASNJ) itu bukan sahaja untuk memastikan sungai tersebut bersih dan tiada pencemaran malah mahu menjadikan ia sebagai kawasan riadah serta tidak lagi berada dalam landskap kawasan perindustrian.

“Kita boleh lihat peningkatan terhadap keadaan sungai dan penambahbaikan yang dapat dilihat kelak.

Advertisement

“Pihak Jabatan Alam Sekitar juga akan terus membuat pemeriksaan dan pemantauan secara berkala di kawasan perindustrian dalam usaha memberi peringatan dan mengelak tragedi lama berulang,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan bahawa penglibatan dan kesedaran masyarakat terhadap kebersihan alam sekitar amat diperlukan bagi mengelak pencemaran sungai.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top