BM | EN | 中文

Pemukiman atlet, jurulatih Johor persediaan hadapi Sukma 2020

Pemukiman-atlet-jurulatih-Johor-persediaan-hadapi-Sukma-2020-b.jpg

Pemukiman atlet, jurulatih Johor dalam persediaan menghadapi Sukma 2020 (Gambar Ehsan FB MSN Johor)

JOHOR BAHRU, 28 DIS: Seramai 66 orang peserta yang terdiri daripada jurulatih, pengurus sukan dan wakil Persatuan Sukan Negeri Johor bertemu dalam satu pemukiman sebagai persediaan menghadapi cabaran tahun 2020 khususnya bagi Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 2020.

Dalam satu kenyataan Majlis Sukan Negeri (MSN) Johor, program tersebut merupakan medan pertemuan bagi merangka strategi dalam usaha meletakkan kontinjen Johor pada kedudukan yang cemerlang dalam temasya Sukma 2020, tahun hadapan.

“Kem Pelan Strategik Jurulatih Negeri Johor ini telah diadakan pada 21-23 Disember 2019, menghimpunkan jurulatih daripada 32 jenis sukan antaranya sukan akuatik, angkat berat, bola keranjang, berbasikal, memanah, kanu dan wushu,” kenyataan MSN Johor dipetik dari laman facebook rasmi.

MSN Johor menyatakan, melalui pertemuan ini pelbagai perkara dibincangkan, termasuk persediaan mental dan fizikal keseluruhan kontinjen termasuk para jurulatih, pengurus pasukan selain atlet sendiri.

“Kesempatan berkumpul ini juga digunakan oleh barisan jurulatih untuk berkongsi ilmu dan bertukar-tukar pendapat sekaligus dapat memupuk semangat sepasukan sebagai satu kontinjen.

“Terima kasih untuk segala kerja keras sepanjang tahun 2019. Demi Johor, semoga tahun 2020 membawa kejayaan yang gemilang buat kita semua,” menurut kenyataan MSN Johor.

Sementara itu, melalui laman facebook SUKMA XX JOHOR 2020, turut diumumkan ialah paparan grafik khas pada perkhidmatan bas Muafakat Johor.

Ia turut mengundang reaksi warganet yang rata-ratanya memuji langkah tersebut, termasuk mencadangkan kepada pengendali bas percuma itu untuk turut meletakkan logo rasmi Tahun Melawat Johor 2020.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top