BM | EN | 中文

Pemuda UMNO Johor tawar khidmat guaman kepada individu terbabit insiden Parit Raja

parit-raja-kerajaan-gagal.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 MEI: Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor akan menawarkan khidmat guaman percuma kepada individu yang terbabit dalam insiden rusuhan di Pant Raja, Batu Pahat, pada malam Aidilfitri, awal pagi Khamis lalu.

Naib Ketuanya Mohd Fared Khalid berkata perkhidmatan menerusi Sekretariat Peguam Pemuda UMNO Negeri Johor itu merupakan inisiatif bagi membantu keluarga individu tersebut yang dipercayai tidak mempunyai keupayaan kewangan untuk mendapatkan khidmat guaman.

“Tawaran ini akan melibatkan nasihat guaman, representasi peguam dan urusan surat menyurat, manakala kos lain akan dibiayai keluarga individu yang terbabit.

Advertisement

“Bantuan yang ditawarkan ini bukan berniat mahu menggangu pihak berkuasa terutama polls yang masih dan sedang menjalankan siasatan. Kami memberi ruang sepenuhnya kepada polls untuk menyiasat perkara ini,” katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.

Terdahulu, Mohd Fared yang juga Pengerusi Sekretariat Peguam Pemuda UMNO Negeri Johor dilaporkan Bernama berkata, ahli keluarga individu tersebut boleh menghubungi pihak sekretariat di talian 012-7007579 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

20 penduduk tempatan berusia 16 hingga 28 tahun ditahan polls dengan 13 daripada mereka dibebaskan dengan jaminan polis manakala tujuh lagi masih ditahan bagi membantu siasatan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top