BM | EN | 中文

Pemuda PH dan Amanah bantu cuci rumah mangsa banjir di Segamat

cuci-segamat.jpg

Muhammad Taqiuddin menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir dalam Ops Cuci Rumah Mangsa Banjir Segamat

SEGAMAT, 24 DIS: Lebih 20 buah rumah mangsa banjir di Buluh Kasap, di sini, dibersihkan secara bergotong-royong dalam Ops Cuci Rumah Mangsa Banjir Segamat, hari ini.

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman berkata program ini merupakan inisiatif Pemuda Pakatan Harapan (PH) bersama Pemuda Amanah Johor untuk membantu mangsa menghadapi keadaan selepas banjir surut.

“Setakat ini kita telah pergi rumah ke rumah mangsa untuk berkhidmat membersihkan sampah dan lumpur selepas banjir surut.

“Bagi gerak kerja ini, kami menggunakan empat ‘waterjet’ bersama 20 orang petugas yang terdiri dari sukarelawan dan mangsa banjir sendiri,” katanya selepas menyempurnakan program berkenaan, di sini, hari ini.

Muhammad Taqiuddin yang juga ADUN Pulai Sebatang berkata, selain dari menjalankan kerja pembersihan, mangsa juga menerima sumbangan bagi meringankan beban kerugian akibat bencana.

“Sumbangan yang diberi merupakan barangan keperluan harian seperti bekalan makanan dan lampin pakai buang bagi keluarga yang mempunyai bayi,” katanya lagi.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top