BM | EN | 中文

Pemuda di Johor ditahan kerana kritik ‘double standard’ PKP

Azlan-Ishak-Facebook.png

Tangkap layar kiriman di laman Facebook yang ditulis Azlan Ishak dan gambar dipercayaai surat senarai geledah dari IPD Nusajaya

Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 APR: Seorang pemuda di Johor ditahan Polis dipercayai kerana mengkritik reaksi undang-undang yang berbeza keatas orang awam berbanding Menteri dan Exco yang dikatakan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Difahamkan pemuda tersebut, Azlan Ishak yang berasal dari Bandar Tenggara, Johor ditahan kira-kira pada jam 11 pagi semalam.

Menurut catatan yang dimuatnaik di laman Facebook Badrul Hisham Shaharin, bekas pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Azlan ditahan kerana laporan polis keatas kirimannya di laman Facebbok yang mengkritik jamuan makan Timbalan Menteri Kesihatan dan Exco Perak dalam tempoh PKP.

Advertisement

“Komrad Azlan Ishak ditangkap dirumahnya di Johor jam 11 pagi (semalam) tadi kerana ada laporan polis ke atas posting FB dia yang marahkan majlis jamuan makan Timbalan Menteri Kesihatan dan Exco Pendidikan Perak,” tulis Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegubard.

Namun difahamkan, beliau telah pun dibebaskan selepas diambil keterangan petang semalam.

Semakan Johorkini di laman Facebook Azlan Ishak mendapati beberapa kiriman ditulisnya mengkritik dan menyindir majlis makan tengah hari yang dihadiri beberapa pemimpin tersebut.

Advertisement

“Ini contoh orang politik puaka yang kebal dari set undang-undang yang berbeza. Lebih sebulan dah rakyat patuh arahan berkurung dalam rumah, dek kerana patuh arahan demi nak pastikan rantaian Covid-19 ni berakhir segera dan kami dapat kembali kepada norma kehidupan seperti biasa.

“Kalau rakyat biasa bawahan ungkal kamu marah, terus kena tangkap, terus terbang duit kena bayar saman. Tapi untuk kamu bebas boleh kenduri,” antara catatan ditulis Azlan Ishak.

Sementara itu pada kiriman seorang rakannya, Nazrul Aznan Mohd Kadri turut memuatnaik gambar yang dipercayai surat senarai geledah yang tertera perkataan IPD Daerah Nusajaya, Johor Bahru.

Advertisement

“Bila rakyat mengkritik politikus yang langgar PKP ni terus kena ambil tindakan. Sedangkan politikus yang langgar tiada tindakan diambil.

“Apa usaha Majlis Keselamatan Negara? Lakukan seperti tiada hormat oleh politikus ini. Mempermainkan akta PKP ini,” tulis Nazrul Aznan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top