BM | EN | 中文

Pemuda Amanah sumbang daging korban kepada penduduk DUN Pulai Sebatang

Pemuda-Amanah-Johor-korban-Aidil-Adha-1441H-DUN-Pulai-Sebatang.jpg
Advertisement

PONTIAN, 3 OGOS: Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor semalam menyelesaikan ibadah korban serta mengagihkannya kepada sebahagian penduduk di kawasan DUN Pulai Sebatang.

Menurut Ketua Pemuda Amanah Johor, Taqiuddin Cheman, program tersebut mendapat sambutan menggalakkan dari orang ramai dan ia akan diteruskan pada tahun-tahun yang mendatang.

Katanya, pemilihan DUN Pulai Sebatang tahun ini bertujuan untuk memberikan tumpuan kepada kawasan yang diwakili pemuda sekaligus sebagai langkah untuk mendekati masyarakat.

Advertisement

“Alhamdulillah, kita berjaya melakukan ibadah korban untuk tahun ini dan bertemu dengan penduduk terutamanya mereka yang memerlukan di kawasan DUN ini.

“Selain itu kita juga mahu mengeratkan jalinan silaturrahim di antara semua pihak.

“Kita juga bersyukur kerana jentera yang hadir hari ini banyak membantu dalam usaha memudahkan penyembelihan serta pengagihan daging korban ini.

Advertisement

“Kita akan cuba untuk meneruskan program seperti ini pada masa-masa akan datang bagi tujuan untuk mendekatkan lagi masyarakat dengan diri Pemuda Amanah dalam masa akan datang,” katanya.

Selain Pemuda Amanah Johor turut hadir Ketua Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir serta turut dibantu Amanah cawangan Ayer Baloi dan Amanah Pontian.

Ibadah penyembelihan disempurnakan di Anjang Jaafar, Ayer Baloi dan agihan daging korban kepada asnaf serta mereka yang memerlukan di sekitar DUN Pulai Sebatang melibatkan lebih 50 buah keluarga.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top