BM | EN | 中文

Pemuda Amanah sedia bentang idea ‘grand coalition’ kepada majlis presiden PH

Muhammad-Taqiuddin-Cheman-Adun-Pulai-Sebatang.png
Advertisement

MELAKA, 28 DIS: Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) sedia bertemu serta membentangkan cadangan ‘grand coalition’ (gabungan besar) dalam mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan (PH).

Timbalan ketua pemuda parti Amanah, Muhammad Taquddin Cheman berkata sayap itu menafikan kenyataan setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Syukri Razab bahawa idea gabungan besar itu sebagai idea pra-matang.

Ujarnya, gabungan itu bukan idea baharu pihak pembangkang dan ia formula terbaik berdepan gabungan parti diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin menuju pilihan raya umum (PRU) ke-15.

Advertisement

“PH sewajarnya memanfaatkan angka 109 yang dibuktikan dalam pengundian Belanjawan 2021 di parlimen tempoh hari.

“Dengan ditipu berkali-kali oleh ahli parlimen Umno, langkah untuk meneroka idea gabungan besar ini sangatlah tepat pada masanya.

“Platform terbaik dalam mengetengahkan idea ‘grand coalition’ atau ‘gabungan besar’ adalah mesyuarat Majlis Presiden PH.

Advertisement

“Seperti mana termaktub dalam perlembagaan PH, majlis presiden PH adalah platform tertinggi dalam membuat keputusan mengenai hala tuju PH.

“Maka pemuda parti Amanah menawarkan diri untuk membentangkan gagasan cadangan gabungan besar ini untuk diteliti dan dibahaskan Majlis Presiden PH.

“Kita mengharapkan agar perbahasan tentang idea ini mampu menatijahkan keputusan yang tuntas, sekaligus mengukuhkan kedudukan pembangkang untuk memenangi PRU 15,” ujarnya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top