BM | EN | 中文

Pemuda Amanah peruntuk RM20,000 untuk bantu mangsa banjir di Johor

pemuda-amanah-1-01-scaled.jpg

Serudin (kiri) dalam misi bantuan banjir yang dijalankan baru-baru ini

Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 JAN : Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) negeri memperuntuk dana lebih RM20,000 bagi membantu mangsa banjir yang melanda di Johor.

Timbalan Ketua Pemudanya, Serudin Soud berkata, bantuan tersebut melibatkan kerja-kerja pemulihan dan pembersihan yang dilakukan oleh pasukan yang dipimpin olehnya.

Katanya, pihaknya turut memberikan penghargaan kepada pihak-pihak yang terbabit seperti Ngo, Amal Relief Malaysia (ARIF) Yapiem, Yadim dan banyak pihak yang terbabit secara individu.

Advertisement

“Kita berhadapan dengan kerja yang sukar kerana banjir kali ini membabitkan ribuan rumah yang perlu dibersihkan dari bencana banjir yang berlaku.

“Syukur, Alhamdulillah, pembabitan pelbagai pihak telah meringankan bebanan kami dalam mengadakan operasi pemulihan rumah mangsa banjir.

“Ini ditambah lagi dengan kerjasama yang sangat baik yang diberikan oleh pergerakan pemuda parti-parti komponen PH yang turut bersama pada waktu banjir dan selepas banjir,” katanya kepada JohorKini.

Advertisement

Tambahnya lagi, kebanyakkan kawasan yang dilanda banjir kali ini merupakan kawasan yang sudah sekian lamanya tidak dilanda bencana tersebut.

Berikutan itu, ujarnya, ramai daripada mangsa yang tidak menduga akan menimpa bencana tersebut dan tidak membuat sebarang persediaan.

“Banjir kali ini agak mencabar dan ini memerlukan tenaga serta bantuan yang banyak bagi membantu mangsa-mangsa yang terkena bencana tersebut.

Advertisement

“Kerjasama masyarakat yang sangat utuh merupakan kunci kepada penyelesaian masalah komuniti setempat seperti mana yang kita temui dalam situasi banjir ini.

“Pihak kami akan bersedia membantu dari masa ke semasa untuk menghulurkan apa sahaja bentuk bantuan terhadap mangsa sekiranya terdapat lagi bencana sebegini berlaku,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top