BM | EN | 中文

Pemuda Amanah lapor SPRM dakwaan suapan jawatan menteri dan GLC oleh PN

Pemuda-Amanah-lapor-SPRM-suapan-jawatan-menteri-dan-GLC-oleh-PN.jpg

Pemuda Amanah bersama rakan sayap pemuda DAPSY dan Armada membuat laporan SPRM berhubung suapan jawatan menteri dan GLC oleh kerajaan PN

Advertisement

PUTRAJAYA, 1 JUN: Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa berlaku suapan jawatan menteri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Laporan tersebut dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, pagi ini.

Hadir sama ketua pemuda DAPSY, Howard Lee, wakil dari sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Armada), Abu Syafiq dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulai Sebatang, Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman.

Advertisement

Kata Shazni laporan dibuat berhubung audio yang tular dipercayai berkaitan dengan salahlaku rasuah, sogokan pangkat dan kedudukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Justeru, mengambil tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara, kami pada hari ini tampil membuat laporan salah laku sogokan jawatan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menggesa SPRM segera membuka kertas siasatan.

“Kita tidak mahu negara dipimpin sekali lagi oleh pemimpin kleptokrat sebagaimana BN dan UMNO sebelum pilihanraya umum ke-14,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

[VIDEO: Laporan SPRM isu audio sogok jawatan Menteri dan GLC untuk sokongan politik kepada PN]

Sebelum ini tular di laman media sosial klip audio berdurasi 2 minit 19 saat yang merakamkan perbincangan di dalam suatu mesyuarat dipercayai pimpinan parti Bersatu.

Dalam klip tersebut, suara dipercayai mirip Muhyiddin merancang menggunakan kedudukannya dalam kerajaan dengan menawarkan sogokan jawatan Menteri dan Pengerusi GLC sebagai balasan sokongan penuh Ahli Parlimen kepadanya dan pimpinan tinggi Parti Bersatu.

Advertisement

Kata Shazni, hal tersebut dipercayai telah melanggar Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

“Setakat ini, tiada langsung mana-mana individu yang telah ditawakan jawatan-jawatan meskipun telah mendapat jawatan tersebut tampil ke hadapan bagj melaporkan salahlaku rasuah yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top