BM | EN | 中文

Pemuda AMANAH lancar tabung bantuan bencana Gunung Jerai

yan-banjir-kepala-air.png
Advertisement

PONTIAN, 19 OGOS: Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), hari ini melancarkan tabung bantuan bencana susulan kejadian banjir dan insiden ‘kepala air’ yang berlaku di Gunung Jerai, Kedah.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), Muhammad Taqiuddin Cheman

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), Muhammad Taqiuddin Cheman dalam kenyataan media sebentar tadi memaklumkan hasil sumbangan tersebut akan disalurkan kepada Pemuda Amanah Kedah untuk menjalankan aktiviti bantuan kepada mangsa yang terjejas.

“Pemuda Amanah Nasioanal mengikuti perkembangan semasa kejadian banjir dan tanah runtuh di daerah Yan dan Kuala Muda Kedah. Maklumat yang diterima menunjukkan keadaan di sana agak membimbangkan.

Advertisement

“Sehingga kini dilaporkan tiga mangsa maut dan empat lagi masih hilang. Di samping itu ramai penduduk yang terjejas akibat bencana ini.

“Pemuda Amanah Nasional ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga semua mangsa akibat daripada bencana ini. Kami mendoakan agar semua mangsa yang terkorban dirahmati Allah dan ditempatkan bersama para solehin.

“Berkenaan pengisytiharan Kerajaan Negeri Kedah yang menklasifikasikan daerah Yan dan Kuala Muda sebagai Kawasan Bencana Tahap 1, kami berharap agar pengurusan bencana ini dapat dijalankan sebaiknya demi keselamatan penduduk di sana.

Advertisement

“Pemuda Amanah Nasional juga akan turut serta dalam misi bantuan bencana ini dan akan memastikan arahan serta Prosedur Operasi Standard (SOP) dipatuhi sepenuhnya memandangkan ancaman wabak Covid-19 juga masih belum pulih sepenuhnya.

“Justeru, Pemuda AMANAH Nasional mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin menyalurkan sumbangan dalam misi bantuan ini, boleh salurkan ke akaun Pemuda AMANAH Negeri Kedah.

“Semoga seluruh penduduk yang terjejas dapat bersabar dengan ujian ini dan didoakan agar bencana ini segera pulih,” kata beliau dalam kenyataan media beliau.

Advertisement

Kepada mereka yang berhajat menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian melalui akaun ( 02010005797719 – BANK MUAMALAT BERHAD).

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top