BM | EN | 中文

Pemuda Amanah kesal cara pembangkang tangani undi belah bahagi, sebabkan Belanjawan 2021 dilulus

Muhammad-Taqiuddin-Cheman.jpg

Ketua Pemuda Amanah Johor dan Adun Pulai Sebatang, Muhammad Taqiuddin Cheman

Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 NOV: Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) melahirkan rasa kesal di atas tindakan ahli parlimen pembangkang khususnya Pakatan Harapan (PH) dalam menangani usul undi belah bahagi terhadap RUU Perbekalan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah, Muhammad Taqiuddin Cheman berkata, ini kerana hanya 13 ahli parlimen sahaja menyokong cadangan undi belah bahagi ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, Khamis lalu.

Akibatnya, dewan menolak cadangan Mahfuz kerana tidak cukup bilangan sokongan yang memerlukan sekurang-kurangnya 15 orang menyebabkan belanjawan tersebut diluluskan.

Advertisement

“Ketua Pembangkang yang juga Pengerusi PH sendiri mengakui enam tuntutan PH tidak disentuh Menteri Kewangan.

“Sikap ahli parlimen pembangkang telah mengecewakan ramai penyokong dan rakyat yang menaruh harapan agar Belanjawan 2021 ditolak sekaligus menafikan Tan Sri Muhyiddin mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen.

“Malah bukanlah kali pertama dalam sejarah Dewan Rakyat, ahli parlimen pembangkang menolak belanjawan dibentangkan kerajaan, walaupun mengetahui pembangkang tidak mempunyai majoriti sokongan di Dewan Rakyat.

Advertisement

“Hatta sewaktu Umno menjadi pembangkang sekalipun menolak belanjawan yang dibentangkan oleh PH sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu beliau yang merupakan Adun Pulai Sebatang merakamkan penghargaan kepada 13 ahli parlimen pembangkang yang berani menyatakan pendirian menolak Belanjawan 2021.

Tambahnya, Presiden dan Timbalan Presiden Parti Amanah telah berdiri sebelum itu bersama-sama menyokong undi belah bahagi, namun diminta Ketua Pembangkang untuk duduk.

Advertisement

“Kami ingin mengingatkan kepada semua pimpinan utama PH bahawa kedudukan semua parti dalam PH adalah sama. Semua keputusan penting yang dicapai dalam PH seharusnya dibuat dalam semangat konsensus.

“Mengenai sokongan daripada Umno, Pemuda Amanah mengingatkan tiada keperluan untuk menaruh kepercayaan terhadap sokongan Umno.

“Apa yang perlu menjadi keutamaan adalah PH perlu mengukuhkan hubungan antara parti, meningkatkan komunikasi dan terus menggembleng segala usaha mengembalikan mandat rakyat,” katanya lagi.

Advertisement

Johokini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top