BM | EN | 中文

Pemuda Amanah Johor rakam takziah buat Syafiq Ahmad

Syafiq-Ahmad-JDT.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 6 DIS: Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, hari ini merakamkan ucapan takziah buat pemain bolasepak negara dan pemain JDT, Muhammad Syafiq Ahmad yang ditimpa kemalangan awal pagi tadi.

Menurut Timbalan Ketua Pemudanya, Serudin Soud berkata, pemuda Amanah berdukacita apabila mendengar berita berkenaan dengan wira negara tersebut.

“Pemuda mengucapkan salam takziah kepada pemain bola sepak kebangsaan yang juga Johor Darul Ta’zim (JDT) Mohammad Syafiq Ahmad yang telah kehilangan anak lelaki ibu mentuanya dan pekerjanya selepas mereka terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) pagi tadi.

Advertisement

“Kami mengharapkan agar Syafiq bersabar dengan apa yang berlaku serta menimpa dirinya. Kami berharap Syafiq dapat pulih seperti sediakala.

“Pemuda juga mendoakan agar Syafiq dipermudahkan segala urusan dan semoga Allah merahmati mereka yang telah meninggal dunia dalam kemalangan tersebut. Ini adalah berita yang pastinya menyentak perasaan peminat JDT,” ujarnya.

Beliau yang merupakan Pengerusi Biro Kebajikan Parti Amanah Johor mengajak orang ramai mendoakan pemain negara Syafiq Ahmad untuk pulih seperti sediakala bagi berbakti kepada negara dan JDT semula.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top