BM | EN | 中文

Pemuda Amanah Johor rakam penghargaan buat Maszlee

Muhamad-Taqiuddin.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 JAN : Terkejut dengan pengumuman perletakkan jawatan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan, Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor turut melahirkan rasa kehilangan yang besar dalam barisan kabinet menteri.

Ketua pemudanya, Muhamad Taqiuddin Cheman menyifatkan Dr Maszlee adalah seorang menteri yang mempunyai iltizam politik yang tinggi dalam melaksanakan tugas beliau sebagai Menteri Pendidikan.

Katanya, dalam tempoh 20 bulan, Dr Maszlee berjaya membuat pelbagai reformasi serta penambahbaikan dalam sektor pendidikan bersama aspirasi yang tinggi.

Advertisement

“Barangkali, inilah kali pertama kita saksikan seorang Menteri Pendidikan yang turun padang melihat sendiri senario di sekolah-sekolah daif terutamanya di Borneo.

“Inisiatif sifar peratus sekolah daif yang boleh dipantau oleh semua orang di laman web membuktikan kesungguhan Dr Maszlee menyelesaikan masalah ini.

“Kita dapat lihat kesugulan juga terlihat dari reaksi para pendidik yang sememangnya terbela sejak Maszlee mengambil alih kementerian ini,” katanya kepada Johorkini.

Advertisement

Beliau yang Naib Pengerusi Pemuda Amanah, antara inisiatif yang dilakukan oleh Dr Maszlee adalah dengan memansuhkan buku rekod kehadiran pelajar dengan memaksimumkan sepenuh penggunaan Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM).

Jelasnya, dengan kewujudan APDM banyak mengurangkan beban kerja pengkeranian guru di sekolah.

“Selain itu antara perkara yang diperjuangkan beliau adalah pemindahan tempat ‘suka sama suka’ yang membabitkan seramai 15,565 orang guru ‘duka lara’ yang akhirnya pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.

Advertisement

“Dalam usaha yang holistik, hak anak-anak pelajar untuk mendapatkan pendidikan juga tidak diketepikan dan antaranya adalah keutamaan anak-anak Orang Kurang Upaya (OKU) serta anak-anak B40.

“Pada masa yang sama, seramai 4,369 murid cicir dan 2,636 murid tanpa dokumen berjaya didaftarkan ke sekolah. Beliau seorang yang tabah dalam menjalankan kerjanya yang berfokus walaupun kontroversi sering terpalit pada diri beliau,” katanya lagi.

Sebelum ini, pada 2 Januari yang lalu, Dr Maszlee telah mengumumkan untuk ‘memulangkan’ jawatan sebagai Menteri Pendidikan yang berkuat kuasa serta merta.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top