BM | EN | 中文

Pemuda Amanah Johor mahu Pakatan Harapan diperkukuh

Mansor-Abu-Hamid.png
Advertisement

MUAR, 4 DIS: Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor mahu gabungan Pakatan Harapan diperkukuhkan dengan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Johor, Mansor Abu Hamid berkata persefahaman perlu terus dibina sebagai agenda utama.

“Pemuda Amanah Johor juga menentang keras kenyataan-kenyataan yang tidak merujuk pendirian pimpinan tertinggi Pemuda Amanah di peringkat nasional.

Advertisement

“Lebih-lebih lagi yang melawan arus dan boleh mengeruhkan hubungan antara parti komponen PH,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berpandangan tumpuan pada masa ini adalah gerak kerja mengenai kebajikan rakyat di negara dan negeri ini.

“Dalam kancah politik hari ini, seharusnya Pemuda Amanah lebih memfokuskan keutamaan rakyat lebih-lebih lagi anak muda dan belia yang terkesan dengan bencana wabak pandemik Covid 19.

Advertisement

“Bagi halatuju politik, Pemuda Amanah Johor mengharapkan pimpinan PH serta Pemuda PH memperkemaskan saf dan segera menyelesaikan pelbagai isu dengan duduk bersama bagi menyatakan persefahaman dan perkukuhkan PH,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top