BM | EN | 中文

Pemuda Amanah Johor desak Takiyuddin mohon maaf

Serudin-Soud.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 20 JUN: Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor hari ini mendesak agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan memohon maaf kepada semua rakyat akibat penghinaannya kepada Raja-Raja Melayu.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah Johor, Serudin Soud berkata perkara ini serius kerana beliau dilihat seperti kebal dalam tindakannya mengeluarkan kata-kata yang memperkecilkan titah dari istana.

“Beliau perlu memohon maaf kerana tindakan beliau sebagai seorang menteri yang memperkecilkan peranan Istana Negara adalah suatu yang tidak boleh diterima oleh rakyat di negara ini.

Advertisement

“Sikap yang tidak elok ini perlu segera diselesaikan dengan memohon maaf kepada semua akibat keterlanjuran kata-katanya.

“Laporan polis telah dibuat.

“Kami turut menyenaraikan kelakuan beliau yang tidak menyenangkan seperti menghina kuasa Istana Negara ketika memberikan arahan serta keputusan baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi.

Advertisement

Terdahulu, satu laporan polis telah dibuat Pemuda Parti Amanah Johor 17 Jun lalu di Balai Polis Parit Raja, Batu Pahat, susulan respon Takiyuddin keatas titah dikeluarkan Istana Negara, baru-baru ini.

Ketua Pemuda Parti Amanah Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top