BM | EN | 中文

Pemuda Amanah Johor buat laporan polis terhadap Khairuddin Takiri

Pemuda-Amanah-Johor-buat-laporan-polis-terhadap-Khairuddin-Takiri.jpg

MUAR, 22 OGOS: Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, serta beberapa Amanah kawasan Johor hari ini membuat laporan polis berkenaan dengan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dr Khairuddin Aman Razali atau lebih dikenali sebagai Khairuddin Takiri.

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Daerah Muar berhubung tindakan menteri berkenaan yang tidak menjalani kuarantin kendiri selepas pulang dari negara Turki.

Menurut Naib Ketua Pemuda Amanah Johor, Asim Abdullah dalam kenyataan bersama berkata laporan itu dibuat bertujuan untuk tindakan undang-undang diambil terhadap menteri berkenaan kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPP yang diumumkan menteri kanan.

Katanya, kebimbangannya adalah wujudnya kluster baharu kerana kegagalan Khairuddin mematuhi SOP PKPP seperti yang telah ditetapkan di dalam akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (akta 342).

“Kita tidak mahu wujud sikap pilih bulu sebagaimana yang kita ketahui bahawa terdapat rakyat biasa di negara ini yang diambil tindakan dan perkara yang sama juga perlu dihadapi oleh seorang menteri.

“Ini soal penyakit bukan soal pangkat dan sebagainya. Kita mahu pihak berkuasa menyiasat serta mengambil tindakan terhadap menteri berkenaan atas pelanggaran SOP yang ditetapkan kerajaan.

“Jangan biarkan perkara ini terus membisu dan laporan polis ini dibuat adalah sebagai sikap seorang rakyat di negara ini yang prihatin terhadap wabak yang sedang melanda dunia,” katanya.

Turut bersama dalam kenyataan tersebut adalah Ketua Amanah Ledang, Azhar Ismail, Ketua Amanah Bakri, Fadhil Othman dan Ketua Amanah Muar, Mansor Abu Hamid.

Sebelum ini pada 18 Ogos yang lalu, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok mendakwa Khairuddin tidak menjalankan kuarantin kendiri selepas pulang dari Turki pada 7 Julai lalu dan perkara itu menjadi hangat apabila beberapa laporan polis telah dibuat di seluruh negara.

Selain itu petisyen terhadap menteri terbabit turut dibuat dan menurut rekod seramai 20,000 pengguna maya telah menandatangani petisyen berkenaan mendesak Khairuddin melepaskan jawatan sebagai menteri serta membantah tindakan pelanggaran SOP tersebut.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top