BM | EN | 中文

Pemohon miliki syarikat tersenarai SSM wajar dipertimbang terima BPN

BPN.png
Advertisement

SEGAMAT, 12 MEI: Kebelakangan ini heboh berkenaan isu pemohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang tidak layak mendapat bantuan berkenaan.

Difahamkan ini kerana pemohon didapati mempunyai syarikat dan nama didapati tersenarai dalam daftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Adun Serom, Ir Dr Faizul Amri Adnan

Justeru itu Adun Serom, Ir Dr Faizul Amri Adnan berkata isu pemohon yang didapati tersenarai dalam daftar SSM seharusnya layak menerima BPN kerana kerajaan sebelum ini berjanji akan membantu sesiapa pun yang terkesan akibat PKP.

Advertisement

“Perkara ini harus diperjelaskan kerana rakyat tidak faham apa yang dilakukan kerajaan terhadap diri mereka.

“Kerajaan harus pertimbangkan. Walaupun pemohon mempunyai syarikat, semakan pendapatan mereka boleh dilakukan seperti melihat rekod cukai yang dibayar oleh mereka.

“Selain itu, kerajaan harus bertimbang rasa dengan keadaan syarikat kecil hari ini yang banyak mengalami masalah semasa PKP,” katanya.

Advertisement

Beliau turut mencadangkan kerajaan mempermudahkan permohonan semula mereka yang tidak layak atas alasan memiliki syarikat.

Katanya, tidak semua syarikat yang didaftarkan di SSM benar-benar beroperasi dan memberikan keuntungan kepada penama yang didaftarkan.

Selain itu, terdapat juga aduan berhubung kerumitan prosedur tuntutan elaun khas ‘frontliner’.

Advertisement

“Sekiranya kerajaan bersungguh untuk memberikan bantuan kepada rakyat, maka permudahkanlah segala urusan berkenaan BPN tersebut.

“Ini juga merangkumi soal elaun khas ‘frontliner’ yang dikatakan mempunyai pelbagai prosedur sehingga menyusahkan kakitangan awam yang terbabit untuk mendapatkannya.

“Kerajaan perlu prihatin dalam tindakan untuk mengutamakan rakyat serta memudahkan bantuan kepada mereka yang sedang dalam kesempitan,” tegasnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top