BM | EN | 中文

Pemimpin MCA Johor guna cop ragu, laporan polis dibuat

Pemimpin-MCA-Johor-guna-cop-ragu-laporan-polis-dibuat.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 22 NOV: Satu laporan polis dibuat berhubung tindakan seorang pemimpin MCA menggunakan cop berjawatan ahli Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) yang diketahui tidak memegang jawatan tersebut.

DAP Batu Pahat dalam satu kenyataan berkata, laporan itu dibuat terhadap individu bernama Teo Yew Chuan kerana tindakannya itu bersalahan dengan Akta 171 pihak berkuasa tempatan.

“Walaupun media sebelum ini telah melaporkan kenyataan kami berkenaan isu ini, malangnya dia seperti tidak tahu dan cuba menafikan kesalahan yang dilakukan, iaitu menggunakan cop berjawatan ahli majlis MPBP.”

Advertisement

“Lebih teruk, beliau seperti mahu meneruskan caranya yang telah diketahui salah.”

“Kami juga dimaklumkan berkemungkinan terdapat banyak dokumen lain yang ditandatangani,” kata Pengerusi DAP cawangan Taman Makmur, Shazwan Zdainal Abidin dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu kata Shazwan, berdasarkan borang pernohonan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) seorang ahli majlis tidak tersenarai sebagai saksi yang layak untuk menandatangani dokumen sokongan.

Advertisement

Bahkan katanya, isu saksi tidak layak itu boleh menyebabkan permohonan seseorang pelajar ditolak.

“Jika dia berminat untuk membantu pelajar, dia boleh merujuk pelajar kepada saksi yang layak, seperti yang tersenarai dalam borang PTPTN.”

“Bukan ambil jalan mudah dengan cara begini. Sebagai pemimpin, dia sepatutnya mendidik masyarakat agar mengikuti cara dan peraturan yang betul,” katanya.

Advertisement

Turut bersama pada sidang media ialah mantan Ketua Whip MPBP, George Poh yang turut menyarankan agar MCA Johor tidak meneruskan lantikan Teo sebagai ahli majlis berikutan kegagalannya memahami tugas dan peraturan sebagai pembuat dasar di peringkat kerajaan tempatan.

Menurut carian Johorkini, antara syarat kelayakan individu dibenarkan memberikan sokongan permohonan pinjaman PTPTN ialah wakil rakyat atau senator, pegawai kerajaan kumpulan pengurusan dan profesional, pengamal undang-undang dan jaksa pendamai.

Selain itu, pengetua atau guru besar (sekolah kerajaan), ketua kampung, penggawa, penghulu, ketua masyarakat, sidang, pegawai pembangunan mukim, pengerusi JKKK, ketua kaum atau ketua anak negeri, kapitan, pemanca dan pegawai IPTS yang dibenarkan oleh PTPTN.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top