BM | EN | 中文

Pemimpin masyarakat Johor lantikan PH letak jawatan mulai 1 April

PH-Johor.jpg

JOHOR BAHRU, 21 MAC: Pimpinan Pakatan Harapan (PH) negeri Johor telah bersetuju agar semua pemimpin masyarakat yang dilantik ketika gabungan itu mentadbir negeri ini untuk meletakkan jawatan berkuatkuasa 1 April 2020.

Perkara tersebut dinyatakan secara bersama oleh pimpinan PH Johor iaitu dari Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

“Sesuai dengan peubahan pucuk pimpinan kerajaan negeri Johor, pimpinan Pakatan Harapan negeri Johor telah bersetuju agar semua ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), ketua kampung dan ketua masyarakat seluruh Johor untuk menamatkan perkhidmatan mereka berkuatkuasa 1 April 2020.

“Pakatan Harapan negeri Johor mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli majlis, ketua kampung dan ketua masyarakat yang telah menjalankan tugas mereka dengan baik dan cemerlang sepanjang tempoh perkhidmatan mereka,” kenyataan tersebut dipetik.

Kenyataan tersebut dikeluarkan bersama oleh Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan, Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.

PH Johor juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli MPKK dan seluruh rakyat negeri Johor yang telah memberikan kerjasama kepada semua penjawat jawatan ini sehingga memungkinkan mereka melaksanakan tanggungjawab terhadap masyarakat,” tambah kenyataan tersebut.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top