BM | EN | 中文

Pemimpin kerajaan PN digesa henti berpolitik, fokus isu rakyat

Nor-Hayati-Bachok.jpg
Advertisement

MUAR, 6 MAC: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) digesa berhenti daripada mengamalkan politik berlebihan tanpa memberikan tumpuan kepada pembangunan negara dan kebajikan rakyat.

Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Johor, Nor Hayati Bachok berkata, ketidakstabilan politik mutakhir ini menyebabkan rakyat terpinggir daripada menerima bantuan kerajaan akibat dari sikap sabotaj sesama parti komponen kerajaan PN.

“Sebagai contoh bantuan kepada rakyat tidak dapat digerakkan kerana berlaku boikot antara komponen parti PN.

Advertisement

“Akhirnya rakyat tidak mendapat manfaat dengan apa yang sepatutnya disampaikan kepada mereka.

“Seperti di Johor lantikan Ketua Kampung menjadi perbalahan antara komponen parti Perikatan Nasional.

“Akhirnya sabotaj akan berlaku di antara mereka. Yang rugi adalag rakyat,” katanya kepada wartawan.

Advertisement

Beliau yang juga Adun Maharani mencadangkan kerajaan supaya menghentikan perbalahan politik dan menumpukan perhatian kepada rakyat.

Beliau turut menyarankan agar mandat rakyat yang diberikan sewaktu PRU 14 itu dikembalikan.

“Kita selalu menekankan soal peri pentingnya kestabilan politik dan ini tidak ada di bawah kerajaan PN.

Advertisement

“Sebelum ini PH (Pakatan Harapan) dilihat utuh dan konsisten dalam membawa suara rakyat walaupun dikhianati beberapa ahli parlimen.

“Hentikan segera pertembungan politik ini. Serahkan semula mandat diberikan rakyat pada PRU-14 tempoh hari,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top