BM | EN | 中文

Pemilik kapal dagang perlu mohon kebenaran berlabuh – APMM Johor

Agensi-Penguatkuasaan-Maritim-Malaysia-APMM.png
Advertisement

KOTA TINGGI, 30 MAC: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menggesa pemilik kapal dagang mendapatkan kebenaran untuk berlabuh di perairan Timur Johor.

Pengarah Maritim Johor, Nurul Hizam Zakaria berkata, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan mereka diperintah keluar dari kawasan itu.

Tambah beliau pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan terhadap pemilik kapal dagang yang berlabuh secara haram di perairan Timur Johor.

Advertisement

Ujarnya lagi, sejak Rabu lalu, 31 kapal dagang yang berlabuh tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Laut ditahan menerusi Op Jangkar Haram.

“Operasi yang memasuki hari ke enam ini menyaksikan jumlah kapal dagang yang masih berdegil berlabuh di kawasan Tompok Utara berkurangan kepada 12 kapal berbanding 105 yang dikesan pada hari pertama operasi.

“Keberkesanan operasi mencatatkan pemilik kapal kini mula mematuhi undang-undang ditetapkan dan sehingga kini, sebanyak sembilan kapal sudah mendapat kebenaran berlabuh secara sah.

Advertisement

“Susulan itu, kapal yang masih berdegil di kawasan itu perlu segera beredar atau melakukan proses permohonan untuk mendapatkan kelulusan,” katanya, lapor Sinar Online.

Terdahulu beliau mengadakan lawatan menerusi Op Khas Jangkar Haram di perairan Tompok Utara, di sini, semalam.

Operasi berkenaan membabitkan penyertaan aset iaitu lima kapal, empat bot, dua helikopter dan dua pasukan tindakan khas.

Advertisement

Beliau berkata, sepanjang operasi, tidak ada kapal dagang baharu berlabuh masuk ke kawasan perairan secara haram.

“Kapal dari mana-mana negara diharap dapat menghormati kedaulatan undang-undang ditetapkan kerajaan dan menjadikan perairan lebih aman sejahtera bagi kegunaan semua pihak berkepentingan.

“Kesalahan dilakukan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar (OPS) 1952,” katanya.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top