BM | EN | 中文

Pemilihan Bersatu: Dr Maszlee dicabar di Simpang Renggam

IMG-20200126-WA0014.jpg
Advertisement

KLUANG, 26 JAN: Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dicabar dalam Pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk bahagian Simpang Renggam.

Bekas Menteri Pendidikan itu dicabar oleh Ketua Penaja Bersatu Bahagian Simpang Renggam, Ahmad Ahem, 62, dalam persaingan bagi pemilihan Ketua Bahagian parti berkenaan hari ini.

Ahmad menyerahkan borang pencalonan Ketua Bahagian di Pejabat Bersatu Simpang Renggam dekat sini hari ini, namun mengakui Dr Maszlee bukan calang- calang pemimpin.

Advertisement

Kata Ahmad, ia adalah satu cabaran untuknya melakukan yang terbaik kepada parti.

“Apa yang ahli akar umbi perlukan adalah pemimpin yang buat kerja khususnya didalam memartabatkan parti termasuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat, “katanya.

Terdahulu, turut hadir menyerahkan borang pencalonan adalah Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik.

Advertisement

Beliau bagaimanapun ketika ditemui tidak memberikan sebarang ulasan mengenai hasratnya untuk bertanding dalam pemilihan kali ini.

Dalam pada itu, bagi jawatan Ketua Armada bahagian itu, pertandingan satu lawan satu antara Ahmad Waliyuddin Razali dan Aiman Azri  Hassan.

Manakala bagi calon Ketua Srikandi, Rosmawati Mohamad akan berhadapan dengan Faridah Jamali.

Advertisement

Difahamkan, seramai 997 ahli Bersatu daripada 10 cawangan di Bahagian Simpang Renggam akan membuat pemilihan Ketua Cawangan dan Ketua Bahagian serta ahli jawatankuasa masing-masing  pada 15 Februari ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top