BM | EN | 中文

Pemilihan Bersatu bukti lawan rasuah

IMG-20200201-WA0009.jpg
Advertisement

PAGOH, 1 FEB: “Kita sudah menolak amalan rasuah sebagai sebuah parti dalam kerajaan dan seharusnya waktu pemilihan ini amalan itu tidak berlaku,”.

Demikian kata Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai proses pemilihan parti tersebut yang akan berlangsung bulan depan.

Katanya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memandang serius amalan politik wang dan sangat tidak wajar jika proses pemilihan nanti dicemar dengan amalan itu.

Advertisement

“Walaupun setiap calon berhak untuk bertanding, pastikan bertanding secara bersih kerana sebagai parti dalam kerajaan, kita menentang amalan rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas berucap di Majlis Perjumpaan Khas Pemimpin bersama Pemimpin, Srikandi dan Armada Peringkat Cawangan di Pagoh, semalam.

Tambah Muhyiddin, tafsiran politik wang akan diperjelaskan pihaknya dalam masa terdekat.

Advertisement

“Beberapa contoh seperti menawarkan wang untuk mendapatkan sokongan, menghantar pergi umrah, lawatan sambil belajar atau perkara lain yang dilihat tidak selari dengan semangat demokrasi yang baik akan ditolak.

“Jika Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dapat maklumat sesiapa sahaja yang terbabit, ia akan dilaporkan kepada Lembaga Disiplin Parti.

“Lembaga Displin akan membuat keputusan sama ada pemilihan mereka itu diisytiharkan tidak sah atau lain-lain tindakan yang sewajarnya,” tambahnya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top