BM | EN | 中文

Pemerintahan ala Taliban mula diamalkan Pas

Azhar-Ismail-Ledang.jpg
Advertisement

LEDANG, 11 OGOS: Penahanan dua individu selepas kritikan mereka terhadap Menteri Besar (MB) Kedah dari Pas, Muhammad Sanusi Md Nor menunjukkan parti itu seolah mengamalkan pemerintahan ala Taliban.

Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Azhar Ismail berkata tindakan MB Kedah yang langsung tidak boleh ditegur itu adalah cerminan pemerintahan Taliban.

Jelasnya, tindakan itu zalim kerana selama ini Pas juga melakukan perkara sama, iaitu mengkritik serta mengecam pemerintah ketika mereka menjadi pembangkang.

Advertisement

“Memang jelas inilah wajah sebenar Pas iaitu pemerintahan ala Taliban yang diktator. Langsung tidak boleh ditegur.

“Ini sikap kuku besi. Sedangkan dalam Islam tidak mengajar tindakan seperti itu. Sekiranya beliau tidak boleh dikritik lebih baik berhenti menjadi MB di Kedah.

“Hari ini semua orang dapat lihat bagaimana Pas tidak mendapat sokongan rakyat disebabkan sikap pemerintahan mereka secara kuku besi dan langsung tidak boleh ditegur,” jelasnya ketika dihubungi.

Advertisement

Beliau turut menyatakan bahawa rakyat akan membalas perbuatan mereka yang menindas itu pada pilihan raya umum datang.

“Pas pun bukan menang, hanya menumpang pengkhianatan dilakukan pihak berkepentingan sahaja.

“Pas akan dapat jawapannya ketika PRU akan datang di mana rakyat akan menghukum perbuatan mereka itu,” jelasnya lagi.

Advertisement

Polis sebelum ini menahan dua individu berhubung dakwaan menghina Menteri Besar Kedah, menerusi komen yang disiarkan di Facebook bulan lalu.

Kedua-dua lelaki itu, berusia 42 dan 52 tahun, ditahan di rumah masing-masing di Alor Setar pada pukul 5.30 petang dan 6.15 petang semalam.

Sebelum itu seorang warga emas berusia 61 tahun dari Negeri Sembilan ditahan susulan tular sebuah video yang didakwa menghina Sanusi.

Advertisement

Menteri besar Kedah sebelum itu dikatakan membuat “gurauan kasar” tentang kontena jenazah pesakit Covid-19.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top