BM | EN | 中文

Pemeriksaan datang bulan: ‘Beritahu saya sekolah mana’ – Radzi Jidin

Mohd-Radzi-Md-Jidin.jpg
Advertisement

PUTRAJAYA, 27 APR: “Jika ia berlaku, beritahu saya di sekolah mana, supaya tindakan boleh diambil,” itu jawapan Menteri Kanan Pendidikan Datuk Mohd Radzi Md Jidin ketika diminta mengulas mengenai kes amalan memeriksa pelajar perempuan secara fizikal untuk membuktikan mereka datang haid.

Radzi berkata pihaknya juga sedang berusaha mengesan kes seumpama itu di sekolah berasrama di bawah Kementerian Pendidikan (KPM), dan setakat ini tiada sebarang maklumat amalan itu wujud.

Tegasnya KPM akan mengambil tindakan susulan jika maklumat yang disebarkan disertakan maklumat lengkap seperti kes-kes lain sebelum ini.

Advertisement

Beliau memberi contoh kes di Batu Pahat, Johor iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Bentara Luar yang dikatakan mengasingkan kegiatan kokurikulum berdasarkan bangsa pelajarnya.

Katanya dalam kes itu siasatan KPM mendapati perkara itu memang berlaku, dan beliau sendiri telah mengeluarkan kenyataan mengenainya.
“… tapi bagi isu itu (pemeriksaan haid), kami sedang periksa sehingga sekarang, kami ‘check’ satu-satu, semua bahagian kami tanya dan jawapannya, tiada,” katanya.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan pelajar di beberapa buah sekolah yang tidak dinamakan mendakwa amalan memeriksa pelajar perempuan secara fizikal untuk membuktikan mereka datang bulan dikatakan berlaku sejak 20 tahun lepas.

Advertisement

Sementara itu, Radzi turut mengulas mengenai penyebaran video Tik Tok seorang pelajar sekolah menengah di Selangor yang mendakwa seorang guru mata pelajaran pendidikan jasmani bergurau secara keterlaluan yang merujuk kepada perbuatan rogol.

“Ia telah jadi kes polis, kita tak nak sentuh banyak. Namun perbuatan itu tak sepatutnya berlaku, semua kita pun tak setuju, lebih-lebih lagi ia melibatkan adab dan integriti anak-anak kita,” katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top