BM | EN | 中文

Pemergian Tun Rahah kehilangan satu permata Johor

Toh-Puan-Rahah.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 DIS: Pemergian Tun Rahah Mohamed Noah disifatkan sebagai kehilangan satu permata negeri ini yang menjadi saksi penting kepada pembangunan moden negara Malaysia.

Titah itu dizahirkan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar kepada Royal Press Office (RPO) yang kemudiannya dimuat naik menerusi Facebook rasmi baginda, hari ini.

“Saya dan keluarga merakamkan ucapan takziah kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak serta seluruh keluarga beliau atas pemergian bondanya, Allahyarhamah Tun Rahah.

Advertisement

“Kita kehilangan seorang permata negeri Johor yang menjadi saksi penting lipatan sejarah pembangunan moden negara.

“Semoga roh Allahyarhamah dirahmati dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” titah baginda.

Rahah, isteri kepada Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak meninggal dunia hari ini, pada usia 87 tahun.

Advertisement

Allahyarhamah yang dilahirkan pada 11 Jun 1933 di Muar, Johor itu merupakan individu penting di belakang dua bekas pemimpin nombor satu negara iaitu suaminya, serta anaknya Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan Perdana Menteri keenam.

Rahah juga merupakan puteri bongsu kepada seorang ahli politik negara Allahyarham Tan Sri Mohamed Noah Omar, yang berasal dari Muar, Johor.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top