BM | EN | 中文

Pemergian Profesor Emeritus Shamsudin Mohd Amin kehilangan besar buat Amanah Johor

Profesor-Emeritus-Shamsudin-Mohd-Amin.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 OKT: Pemergian Profesor Emeritus Shamsudin Mohd Amin hari ini merupakan kehilangan tokoh intelektual yang berkecimpung dalam dunia politik khususnya di negeri Johor.

Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Aminolhuda Hassan merakamkan rasa dukacita diatas pemergian Shamsudin yang menghembuskan nafas terakhirnya semalam.

Katanya, Shamsudin adalah seorang pemikir yang tidak lekang untuk membina masyarakat dalam dunia pendidikan di dalam negeri ini.

Advertisement

“Ini adalah hari yang mendukacitakan apabila perkhabaran yang diterima beliau menghembus nafas terakhirnya lewat malam semalam akibat demam denggi.

“Ia juga adalah sebuah kehilangan yang paling berharga dalam Parti Amanah di Johor kerana beliau adalah seorang cendekiawan yang hanya memikirkan soal pembangunan pendidikan di negeri sepanjang hayatnya.

“Antara contoh yang kita boleh ambil apabila beliau bersama-sama dalam jawatankuasa penubuhan Universiti Johor dari sebelum Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan lagi.

Advertisement

“Pelbagai idea dan lontaran pandangan telah diberikan oleh allahyarham dalam usaha menyediakan tempat pendidikan terbaik untuk rakyat di Johor,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Parti Amanah Johor, Sr Dzulkefly Ahmad ketika ditemui berkata ia suatu kehilangan yang besar buat Parti Amanah di Johor.

Beliau yang juga Ketua Amanah kawasan Iskandar Puteri kawasan beliau adalah yang paling terkesan dengan kehilangan Profesor Emeritus Shamsudin.

Advertisement

“Hari ini adalah hari yang sedih kepada kita kerana kita kehilangan kepimpinan Parti Amanah di kawasan Iskandar Puteri iaitu Naib Ketua.

“Almarhum adalah seorang yang komited. Walaupun dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan beliau tetap hadir ke program parti.

“Ia merupakan suatu inspirasi kepada kepimpinan dan ahli biasa supaya mereka memberikan yang terbaik sepertimana yang dilakukan oleh Almarhum terhadap Parti Amanah itu sendiri.

Advertisement

“Secara peribadi saya dan Almarhum memang rapat dan saya kehilangan kawan yang membina. Sumbangan dan juga pengorbanan beliau terhadap bidang ilmu sehingga diberikan gelaran Emeritus amatlah besar.

“Beliau banyak memberikan sumbangan kepada bidang pendidikan dan beliau aktif dalam menubuhkan ruang pendidikan yang terbaik di Johor.

Adun Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad

“Selain itu pembabitan beliau dalam gerakan persatuan yang berbentuk pendidikan juga digerakkan aktif oleh beliau.

Advertisement

“Saya mengucapkan takziah kepada seluruh keluarganya dan semoga Allah memberikan kesabaran kepada anggota keluarga.

“Mudah-mudahan arwah dicucuri dengan rahmat ke atas rohnya oleh Allah SWT dan dimasukkan di dalam golongan orang yang beriman,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top