BM | EN | 中文

PEMERGIAN DR MD FARID KEHILANGAN BESAR KEPADA NEGARA – TUN M

ketibaan-tun-m.jpg
Advertisement

PONTIAN, 21 SEPT: Pemergian Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik merupakan kehilangan besar kepada negara, kata Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M).

“Pemergian Dr Md Farid merupakan kehilangan besar kepada negara.

“Takziah kepada keluarga,” kata beliau kepada wartawan selepas selesai menunaikan solat jenazah di Masjid Jamek Dato’ Noh Gadot dekat Pekan Serkat, di sini, petang tadi.

Advertisement

Tun Dr Siti Hasmah turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir

Sebelum itu, beliau tiba kira-kira jam 3.40 petang bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali bagi memberi penghormatan terakhir.

Turut sama mengiringi Tun M ialah Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy.

Selain itu, Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong; Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Wira Dr Hatta Ramli; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah danTimbalan Menteri Luar, Senator Marzuki Yahya.

Advertisement

Manakala, antara pimpinan peringkat negeri yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir adalah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia, Dzulkefly Ahmad;  Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar; Adun Pekan Nanas, Yeo Tung Siong dan Adun Pulai Sebatang, Taqiuddin Cheman.

Pemimpin masyarakat serta penduduk setempat hadir ke Masjid Jamek Dato’ Noh Gadot dekat pekan Serkat

Terdahulu, kira-kira 500 pemimpin masyarakat dan penduduk setempat menunaikan solat jenazah di masjid berkenaan.

Ahli Parlimen Tanjung Piai yang berusia 43 tahun itu meninggal dunia sekitar jam 6.00 tadi di Hospital Pontian, di sini.

Advertisement

Beliau adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang diamanahkan untuk menjaga portfolio Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial.

Allahyarham yang juga Naib Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Tanjung Piai, memenangi kerusi Parlimen Tanjung Piai pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tahun lalu.

Ia selepas menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Wee Jeck Seng daripada BARISAN NASIONAL yang memperolehi 21,255 undi serta Nordin Othman daripada PAS yang hanya mendapat 2,962 undi.

Advertisement

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam dekat Kampung Chokoh Besar, Serkat, di sini, kira-kira jam 5.30 petang, tadi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top