BM | EN | 中文

Pemergian bapa, Amirudin sifatkan kehilangan idola, inspirasi

Pemergian-bapa-Amirudin-sifatkan-kehilangan-idola-inspirasi.jpg

Gambar Ehsan FB Amirudin Shari

Advertisement

PONTIAN, 22 SEPT: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menyifatkan pemergian bapanya sebagai satu kehilangan besar buat keluarga memandangkan Allahyarham merupakan idola dan inspirasi anak-anak dalam menjalani kehidupan.

Amirudin berkata bapanya Shari Mokhsin, 67, juga merupakan insan yang cekal dalam membesarkan enam orang anaknya.

“Abah ajar saya menjadi orang yang tabah dengan melihat pengalamannya melalui kehidupan, bermula sebagai pegawai am, pekebun kecil-kecilan dan juga pemandu teksi.

Advertisement

“Itu yang menjadi inspirasi buat kami sekeluarga. Kami kehilangan idola dalam keluarga kerana beliau merupakan contoh insan yang penyabar dan tenang dalam menghadapi liku-liku kehidupan; katanya kepada pemberita selepas majlis pengebumian bapanya di Kampung Pant Asam Kumbang, Benut, di sini hari ini.

Amirudin yang merupakan anak kedua daripada enam beradik itu berkata bapanya disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung, pada kira-kira 5.30 petang semalam.

Allahyarham meninggalkan isteri Urian Parmin, 67, enam orang anak serta 22 cucu.

Advertisement

Terdahulu jenazah Allahyarham dikafankan dan disembahyangkan di rumahnya di kampung Pant Asam Kumbang, Benut sebelum dibawa dengan van jenazah ke tanah perkuburan Islam yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumahnya itu.

Turut menziarahi jenazah ialah Speaker DUN Johor Suhaizan Kaiat.

Semalam, Amirudin menerusi ciapan di Twitter memaklumkan sempat berkomunikasi dengan bapanya pada pukul 1.27 tengah hari melalui WhatsApp sebelum menerima berita kematian arwah pada 5.30 petang.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top