BM | EN | 中文

Pemergian Allahyarham Muhammad Ata merupakan satu kehilangan besar

atlet-OKU.jpg

Muhammad Ata yang merupakan atlet angkat berat kategori orang kurang upaya (OKU) maut akibat melecur 80 peratus tubuhnya apabila kediamannya di Pagoh, Muar terbakar dalam kejadian pagi tadi.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 JAN : Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) menyifatkan pemergian Muhammad Ata Maarof, atlet angkat berat Orang Kurang Upaya (OKU) yang maut akibat melecur dalam kebakaran di kediamannya semalam di Pagoh, Muar merupakan satu kehilangan besar.

Presidennya, Datuk Ayub Rahmat berkata, beliau terkejut dengan kejadian yang menimpa atlet yang sangat berpotensi dari negeri Johor itu.

“Sememangnya pemergian arwah adalah satu kehilangan kepada negeri dan negara kerana potensinya selain telah berlatih sejak tiga tahun lalu.

Advertisement

“PABM menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga arwah, turut akan menyalurkan sedikit bantuan dan sumbangan kepada anggota keluarganya dalam kadar segera,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Ayub berkata, walaupun Allahyarham bukan di bawah kelolaan PABM, tetapi Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), namun semangat dan cinta terhadap sukan angkat berat yang ditunjukkan arwah amatlah kita hargai.

Muhammad Ata maut akibat melecur 80 peratus pada tubuhnya apabila kediaman yang dihuni bersama ibunya di Taman Pagoh Jaya dekat Muar terbakar dalam kejadian sekitar jam 11.45 pagi.

Advertisement

Ketika kejadian berlaku, Allahyarham yang berusia 28 tahun berada di bahagian dapur rumah gagal menyelamatkan diri.

Arwah merupakan atlet sukan para angkat berat dan pernah mewakili negeri Johor ke Sukan Para di Perak dan pada masa sama dia pun ada sertai kejohanan-kejohanan yang dianjurkan Majlis Sukan Negara dan persatuan.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top