BM | EN | 中文

Pemegang lesen MPOB kecuali pekebun kecil wajib daftar CIMS untuk terus beroperasi

Lembaga-Minyak-Sawit-Malaysia-MPOB.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 JUN: Pemegang lesen Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) diminta untuk mendaftar di COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan segera dalam tempoh tiga hari bermula 1 Jun).

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng berkata pemegang lesen MPOB adalah diwajibkan untuk berdaftar CIMS bagi membolehkan mereka untuk terus beroperasi.

“Semua pemegang lesen MPOB diwajibkan berdaftar CIMS kecuali bagi pekebun kecil: katanya menerusi hantaran di akaun Facebook rasmi beliau semalam.

Advertisement

Wee berkata pekebun kecil boleh terus menggunakan surat kebenaran pergerakan yang dikeluarkan oleh MPOB dan KPPK.

Kelmarin, menerusi hantaran di akaun rasmi, beliau juga menjelaskan bahawa syarikat dalam senarai sektor perladangan dan komoditi yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh iaitu industri sawit, getah, koko, lada termasuk biodiesel perlu membuat pendaftaran dalam sistem CIMS 3.0 MITI.

Bernama

Advertisement

 

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top