BM | EN | 中文

PEMBUKAAN TERMINAL FERI ANTARABANGSA KUKUP DITANGGUHKAN

dr-sahruddin-1.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 6 NOV: Pembukaan Terminal Feri Antarabangsa Kukup di Pontian ditangguhkan, berikutan daripada beberapa isu berbangkit termasuklah berkaitan dengan syarikat yang mengendalikan terminal tersebut sebelum ini.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, selain feri daripada Malaysia masih tidak mendapat izin untuk berlabuh di Indonesia, syarikat pengendalian sebelum ini didapati mempunyai hutang yang tidak diselesaikan berjumlah tidak sampai RM3 juta.

“Masalah disini kerana syarikat tersebut tidak membayar hutang kepada kerajaan negeri dan saya diberitahu syarikat itu turut ada masalah dengan kerajaan Indonesia.

Advertisement

“Isu-isu yang berbangkit ini telah menyebabkan penagguhan pembukaan terminal tersebut,” katanya pada sidang media di Kota Iskandar, di sini.

Mengulas mengenai feri Malaysia yang tidak mendapat izin untuk berlabuh di Indonesia, Dr Sahruddin berkata pihak kerajaan negeri sedang menunggu surat daripada kerajaan Indonesia untuk mengadakan mesyuarat berkaitan masalah tersebut.

“Saya difahamkan dalam dua ke tiga hari ini pertemuan akan dibuat bagi menyelesaikan masalah mengapa kapal-kapal dari sini tidak dapat berlabuh di sana.

Advertisement

“Semalam saya telah berbincang dengan pihak di sana dan InsyaAllah mereka akan bantu untuk melancarkan pembukaan semula operasi terminal ini,” katanya lagi.

Operasi di terminal tersebut dihentikan sementara mulai 1 September lalu dan perkhidmatannya dialih ke Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour.

Penghentian sementara itu berikutan langkah kerajaan negeri menamatkan konsesi syarikat yang mengendalikan terminal tersebut ketika itu.

Advertisement

Terminal yang menyediakan perjalanan feri ke Tanjung Balai, Indonesia itu akan terus dikendalikan oleh Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ).

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top