BM | EN | 中文

Pembukaan semula kelas KAFA mulai 2 dan 3 Ogos

tadika-islam-johor-kelas-KAFA.jpg

Gambar Ehsan FB Tadika Islam Johor

Advertisement

PUTRAJAYA, 13 JUL: Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) bagi sekolah di negeri dalam kumpulan A, merangkumi Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu, akan dibuka kembali bermula 2 Ogos ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata kelas KAFA bagi negeri-negeri dalam kumpulan B pula iaitu Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya akan bermula pada 3 Ogos.

Katanya keputusan yang dibuat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu mengambil kira kepentingan semua pihak dan persediaan sepenuhnya 5,619 premis KAFA serta pengurusan tadbir urus sekolah kebangsaan.

Advertisement

“Berdasarkan perbezaan tempoh masa pembukaan semula KAFA dengan pembukaan sekolah rendah, saya berharap pengurusan pembukaan semula KAFA dapat berjalan dengan baik,” katanya menerusi kenyataan semalam.

[ Jom sertai kumpulan Telegram Johorkini ]

Zulkifli berkata pihak pentadbir premis KAFA mesti memastikan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah, Kementerian Pendidikan (KPM) dan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula KAFA, Jakim dipatuhi oleh semua pihak.

Advertisement

“Saya berharap dengan persediaan yang rapi oleh semua pihak, pembukaan semula KAFA akan dapat berjalan dengan lancar dan anak-anak kita dapat bersekolah dalam keadaan yang selamat,” katanya.

Pada 1 Julai lepas, Menteri Kanan Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan sesi persekolahan bagi murid tahun lima dan enam akan bermula pada 15 Julai ini manakala bagi murid tahun satu hingga empat akan bermula pada 22 Julai.

Zulkifli berkata selaras dengan keputusan KPM sebelum ini, Jakim menyedari bahawa pemilihan model sekolah bagi sekolah kebangsaan akan memberi kesan kepada pengoperasian KAFA di seluruh negara.

Advertisement

Sehubungan itu, katanya penyelarasan perlu dibuat di antara agensi pelaksana negeri dengan jabatan pendidikan negeri (JPN) bagi memastikan KAFA dapat dilaksanakan dengan baik.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top