BM | EN | 中文

Pembukaan sekolah dilewatkan ke 3 Oktober

pelajar-sekolah-pelitup-muka-covid-19.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

PUTRAJAYA, 16 OGOS: Sesi persekolahan di seluruh negara yang sepatutnya bermula 1 September ini ditangguhkan kepada 3 Oktober depan.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin menerusi rakaman video di laman sosial Facebook, semalam.

Radzi berkata, pembukaan sesi persekolahan itu dilewatkan sedikit selepas meneliti situasi perkembangan semasa membabitkan penularan Covid-19 di seluruh negara.

Advertisement

Beliau berkata, pembukaan sekolah akan dibuat secara berperingkat bermula dengan kelas peperiksaan.

Katanya, perincian pembukaan sekolah mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dalam masa terdekat.

Namun katanya, berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN), tidak ada sekolah yang akan dibuka untuk negeri Fasa 1 PPN.

Advertisement

“Saya amat berharap penjelasan ini dapat meredakan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa tentang pembukaan semula sekolah,” katanya sambil menambah, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keselamatan anak-anak dan kebimbangan ibu bapa.

Ujarnya lagi, bagi negeri-negeri Fasa 2 pula, sekolah dibenarkan buka bagi murid kelas peperiksaan sahaja.

“Negeri Fasa 3 pula, sekolah dibenarkan buka bagi murid kelas peperiksaan dan murid-murid lain,” jelasnya.

Advertisement

Bagaimanapun, Radzi berkata, bagi negeri Fasa 2 dan 3 pula, pembukaan sekolah dibenarkan selepas penilaian risiko penularan wabak di negeri berkenaan.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top