BM | EN | 中文

Pembukaan Bazar JB: Peniaga harap MBJB pinda SOP agar mesra pengunjung

pasar-karat-jb.jpg

Gambar Ehsan Johor Foodie

Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 MAC: Persatuan Penjaja, Peniaga dan Pengusaha Industri Kecil Melayu Johor Bahru (PPPPIKMJB) memohon Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengkaji semula pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) Bazar JB bagi mencegah penularan COVID-19, susulan pembukaan semula bazar itu esok.

Setiausahanya Mohammad Salezan Mohd Salleh berkata peniaga di Bazar JB afau lebih dikenali sebagai Pasar Karat Johor Bahru akur dengan pelaksanaan SOP, namun berpandangan ia perlulah mesra pengunjung’ terutama membabitkan golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Beliau berkata mengikut SOP yang ditetapkan hanya terdapat masing-masing satu pintu keluar dan masuk sahaja untuk ke Bazar JB, yang jaraknya agak jauh dan menyukarkan peniaga serta pengunjung terutama warga emas dan OKU,

Advertisement

“Hanya terdapat satu pintu keluar dan masuk dibenarkan dan ia berbeza laluan.

“Pintu masuk bermula dari penghujung Jalan Tan Hiok Nee berdekatan Pejabat Pos dan pintu keluar pula di hadapan Bank OCBC, yang mana pengunjung terpaksa berjalan hampir keseluruhan Bazar JB dengan anggaran jarak melebihi 500 meter

“SOP ini dilaksanakan sejak Bazar JB beroperasi semula pada Julai tahun lepas selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 ditamatkan,
“Kesan daripada SOP ini, kehadiran pengunjung serta pemiagaan di Bazar JB amat merosot sejak ia dibenarkan beroperasi,” katanya menerusi kenyataan di sini semalam.

Advertisement

Terdahulu, Mohammad Salezan dilaporkan Bernama berkata, perlu dibuka lebih banyak pintu keluar dan masuk ke Bazar JB seperti di jambatan Sungai Segget berhampiran pejabat Direktorat PenguatKuasa MBJB selain pintu sedia ada sebelum ini dijadikan laluan keluar dan masuk

“PPPPIKMJB menyambut baik dan berterima kasih kepada pihak MBJB kerana mengumumkan pembukaan semula Bazar JB pada 9 Mac ini bermula 6.00 petang sehingga 12.00 tengah malam, selepas tempoh PKP 2.0 ditamatkan.

“Pengumuman dibuat melalui notis yang dikeluarkan oleh MBJB bertarikh 5 Mac, ia memberi kelegaan kepada lebih 200 peniaga di sini yang terhenti pendapatan serta merta akibat pelaksanaan PKP 2.0 pada 13 Jan lepas

Advertisement

“Hampir 80 peratus peniaga di sini berniaga sepenuh masa dan sumber pendapatannya hanyalah di Bazar JB semata-mata,” katanya.

Beliau turut berharap MBJB mengambil pendekatan yang lebih praktikal untuk mengatasi masalah itu selain mendengar keluhan peniaga yang terjejas teruk perniagaan mereka.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top