BM | EN | 中文

Pembonceng motosikal di Mersing ditahan kerana keluar kata kesat, tumbuk polis

polis-dadah.png
Advertisement

MERSING, 7 JUN: Seorang pembonceng motosikal ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat dan menumbuk pegawai polis, ketika diminta mengemukakan permit perjalanan rentas negeri di Sekatan Jalan Raya (SJR) di KM1, Jalan Endau-Rompin, dekat Mersing semalam.

Bernama melaporkan Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing berkata, lelaki berumur 29 tahun dan berasal dari Pahang itu kini direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 332 dan 186 Kanun Keseksaan.

Kejadian berlaku kira-kira 5 petang pada 5 Jun, di mana pegawai polis bertugas menahan sebuah motosikal jenis Honda EX5 dinaiki dua lelaki di SJR tersebut.

Advertisement

Difahamkan pembonceng tersebut yang merupakan seorang nelayan, sedang dalam perjalanan dari Mersing ke Pahang.

“Semasa pegawai polis meminta kad pengenalan dan permit perjalanan, pembonceng motosikal itu tiba-tiba naik angin lalu mengeluarkan kata-kata kesat dan menumbuk pegawai polis berkenaan,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Beliau berkata, berlaku pergelutan semasa pegawai polis hendak menahan pembonceng itu dan menyebabkan menyebabkan pegawai polis lelaki terbabit mengalami luka kecil di bahagian atas mata kanan.

Advertisement

Rakannya yang menunggang motosikal tidak terlibat dalam kes tersebut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top