BM | EN | 中文

PEMBINAAN LAPANGAN TERBANG MERSING TIDAK MENDESAK

Gmbr-fail-solihan.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 26 NOV : Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohd Solihan Badri berkata, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) merasakan cadangan membina Lapangan Terbang di Mersing bukanlah suatu keperluan yang mendesak.

“MOT telah menerima cadangan pembinaan Lapangan Terbang Mersing bernilai RM3 juta daripada Pihak Berkuasa Ekonomi Pantai Timur (ECER) sejak 2015.

“Namun, MOT ketika itu sedang meneliti permohonan pembinaan Lapangan Terbang Pulau Tioman yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Mersing,” katanya pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan Johor 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-14 di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Advertisement

Terdahulu, Solihan (Tenang-PH) menjawab soalan Datuk Onn Hafiz Gazi (Layang-Layang-BN) mengenai status pembinaan Lapangan Terbang Mersing.

Tambah Solihan lagi, setakat ini MOT dengan kerjasama Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sedang melaksanakan Kajian National Airports Strategic Plan (NASP).

“Dapatan kajian ini akan digunakan oleh MOT untuk menentukan pembangunan lapangan terbang seluruh Malaysia termasuk cadangan pembinaan Lapangan Terbang Mersing dan ia dijangka muktamad pada Disember 2020,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top