BM | EN | 中文

PEMBINAAN JALAN BARU ANTARA SENARAI DALAM BELANJAWAN JOHOR 2020

solihan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 SEPT: Kerajaan negeri akan menyenaraikan 10 projek pembangunan infrastruktur di sekitar negeri dalam Belanjawan Johor 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Solihan Badri berkata, pihaknya sedang menyediakan senarai terakhir yang melibatkan pembinaan beberapa jalan serta jambatan baru negeri ini.

Katanya, dua daripada 10 projek itu akan menerima peruntukan daripada Kerajaan Pusat, iaitu projek jambatan bypass Bandar Kota Tinggi (RM126.46 juta) dan pembinaan directional ramp di Senai Desaru Expressway (SDE) – Bandar Penawar (RM94 juta).

Advertisement

“Mulai tahun hadapan, kajian-kajian yang berkenaan akan dilakukan terlebih dahulu dalam pembangunan infrastruktur di sekitar Johor.

“Ini termasuklah jalan di Gelang Patah, beberapa jambatan kecil di daerah Muar serta jalan-jalan di Batu Pahat dan Kluang,” katanya kepada wartawan selepas merasmikan pertandingan model jambatan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini, hari ini.

Solihan yang juga Adun Tenang berkata walaubagaimanapun, projek-projek yang akan melibatkan lebih dari tiga daerah di Johor itu akan dimulai dengan pengkajian yang berkenaan dan akan dimulakan pada tahun hadapan.

Advertisement

“Pembinaan keseluruhan projek-projek itu berkemungkinan akan mengambil masa tiga tahun untuk siap kesemuanya.

“Maka, kajian terhadap pembinaan infrastruktur itu akan dilakukan dahulu selepas senarai terakhir dikeluarkan,” katanya lagi.

 

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top