BM | EN | 中文

Pembenihan awan di Johor pada Februari

IMG-20200126-WA0004.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 JAN: Exco Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata, operasi pembenihan awam (OPA) di negeri ini akan dilakukan sama ada pada penghujung bulan ini atau Februari depan.

Beliau turut menjangkakan lebih daripada sekali operasi tersebut akan dilakukan dengan kerjasama Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTEC), Badan Kawal Selia Air Negeri Johor (BAKAJ) dan Syarikat Air Johor (SAJ).

“Kalau situasi tidak berubah, itu akan beri cabaran di Johor untuk kita memastikan tiada gangguan air.

Advertisement

“Tetapi, kita beri jaminan segala langkah (akan dibuat) agar gangguan air tidak ada, ataupun kita cuba untuk minimakan,” katany kepada wartawan selepas majlis sambutan Tahun Baharu Cina di kediamannya di Senibong Cove, disini, hari ini.

Beliau yang juga ADUN Bukit Batu berkata, pihaknya sudah menjangka musim panas akan bermula pada Januari sehingga Mac, namun pada masa ini paras air di empangan di negeri ini berada pada tahap memuaskan.

“Setakat minggu lepas situasi (paras empangan air) masih memuaskan. Kita pantau setiap masa kerana beberapa hari ini memang sangat panas.

Advertisement

“Sepanjang sambutan Tahun Baru Cina ini, saya masih tidak dapat apa-apa laporan, melainkan hanya satu di Bekok kerana paip pecah dan ia telah pun dibaiki.

“Di sebelah pantai timur (Johor) sekiranya paras air (empangan) jatuh di bawah paras amaran, kita akan minta air dipam dari (empangan) Seluyut yang dimiliki oleh Petronas dan akan disalurkan ke kawasan pantai timur (Johor),” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top