BM | EN | 中文

Pembelian tiket bas ekpres arah ke Johor masih perlahan

lebuh-raya-plus-tangkak-muar-pagoh.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU: Sambutan terhadap pembelian tiket bas ekpres ke Johor masih perlahan walaupun kebenaran rentas negeri dibenarkan sejak Isnin lalu.

Pengerusi Sekretariat Gabungan Bas Malaysia, R Thiagarajan, berkata sambutan pengguna terhadap laluan bas ekpres ke Selatan terutamanya Johor Bahru memang agak rendah sejak Isnin lalu.

Katanya, ia berbeza dengan laluan ke Utara serta Pantai Timur yang dilaporkan mencatatkan penjualan tiket bas yang amat memberangsangkan.

Advertisement

“Mungkin jualan tiket bas ke Selatan akan mula meningkat hujung minggu atau minggu-minggu selepas ini, jika kekal suram, kemungkinannya pengguna masih berhati-hati atau menggunakan pengangkutan sendiri atau perkhidmatan udara.

“Pengguna mempunyai banyak pilihan termasuk memilih perkhidmatan yang menawarkan harga munasabah serta mampu milik,” katanya, lapor Berita Harian.

Sementara itu, pengusaha bas ekpres SC Southern, Mohd Faizal Ramasamy, 34, berkata sejak penjualan tiket online dibuka Isnin lalu, sambutan pembelian tiket daripada pengguna yang membeli tiket bas syarikat itu tidak sampai 10 orang.

Advertisement

Syarikat bas ekpres kecil sepertinya juga terpaksa berhadapan persaingan sengit daripada syarikat bas ekpres besar yang mampu menawarkan harga tiket lebih murah.

“Saya sebelum ini adalah pengusaha bas pesiaran bagi pelancong yang masuk dari Singapura, namun berikutan sempadan masih ditutup saya terpaksa menukar tiga bas yang dimiliki sebagai bas ekpres.

“Saya mengeluarkan modal RM45,000 untuk menukar status tiga bas persiaran kepada ekpres termasuk belanja untuk mengecat semula bas, kos penyelenggaran selain bayaran pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

Advertisement

“Namun sambutan pengguna terhadap tiket bas masih sangat rendah mungkin orang ramai masih mengambil sikap berhati-hati.

“Saya harap sambutan pengguna akan meningkat menjelang hujung minggu atau minggu seterusnya,” katanya yang menawarkan tiket laluan Johor Bahru-Kuala Lumpur dan Johor Bahru-Klang,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top