BM | EN | 中文

Pembelian kapal tempur pesisir pantai: Audit forensik perlu dibuat sekurangnya hingga 2019 – Chin Tong

Liew-Chin-Tong-2.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 23 DIS: Senator Liew Chin Tong meminta Kementerian Pertahanan memberi penjelasan berhubung maklumat bahawa audit forensik berhubung kelewatan perolehan kapal tempur pesisir pantai (Littoral Combat Ship) dibuat sehingga tahun 2014.

Beliau merujuk sesi penggulungan Menteri Pertahanan di Dewan Rakyat sebelum ini bahawa audit forensik dan siasatan SPRM telah dijalankan, namun sewajarnya dibuat sehingga tempoh tekini, atau sekurang-kurang sehingga tahun 2019.

“Saya difahamkan bahawa audit forensik tersebut hanya merangkumi tempoh masa sehingga tahun 2014.

Advertisement

“Saya memohon kepada Kementerian Pertahanan supaya memberikan penjelasan dan maklumkan kepada dewan ini adakah betul bahawa forensik audit yang dijalankan hanya sampai tempoh 2014, tidak sampai sekurang-kurangnya 2019.

“Saya cadangkan audit forensik harus sampai ke tahun 2019, kalau tidak sampai setakat ini.

“Kementerian Pertahanan perlu menjelaskan mengapakah begitu, sekiranya betul,” kata Chin Tong dalam sesi perbahasan di Dewan Negara.

Advertisement

Beliau dalam pada itu berkata, Kementerian Pertahanan sewajarnya melaporkan kemajuan dan penemuan siasatan oleh SPRM kepada Parlimen.

“Projek ini telahpun menelan belanja yang besar dan saya berharap pihak kerajaan akan bertindak secara berhemah dan memastikan nilai kepada TLDM dan rakyat sentiasa terjamin,” ujar Chin Tong.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga bekas timbalan menteri pertahanan turut mencadangkan tiga pelan di bawah kertas putih  yang dibentangkan ketika pentadbiran Pakatan Harapan.

Advertisement

Antaranya pelan pertahanan, dasar industri pertahanan dan rangka tindakan kapasiti pertahanan.

“Mungkin umum tidak semestinya faham bahawa pembelian aset-aset pertahanan tidak semestinya boleh dilaksanakan dalam tempoh lima tahun di bawah rangka Rancangan Malaysia.

“Biasanya satu pembelian mungkin memerlukan rangka fikiran sepanjang dua puluh tahun. Satu aset yang dibeli memerlukan penyelenggaraan, sumber tenaga, pegawai dan juga pekerja untuk jangka panjang.

Advertisement

“Sekurang-kurangnya ini memerlukan pelan yang lebih panjang dari segi perspektif, sekurang-kurangnya sepuluh tahun,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top