BM | EN | 中文

Pembelajaran bersemuka 1 Sept: Jangan jadikan pelajar kluster baru Covid-19 – AWAN Johor

AWAN-angkatan-wanita-amanah.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 OGOS: Cadangan sistem pembelajaran secara bersemuka yang dicadangkan bermula pada 1 September ini adalah langkah dangkal, kata Timbalan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Johor, Rozita Abdul.

Rozita berkata, keputusan kerajaan itu seperti tidak menyedari pelbagai kelemahan dalam sistem pendidikan yang ada pada hari ini.

“Ukurlah baju di badan sendiri. Lihat bagaimana urus tadbir negara.

Advertisement

“Jangan jadikan murid atau pelajar sebagai mangsa kluster yang baharu dengan keputusan tersebut.

“Saya berharap ramai lagi pakar dan golongan cerdik pandai untuk tampil menimbangkan cadangan pembukaan sekolah secara bersemuka ini,” kata Rozita kepada Johorkini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Julai lalu memaklumkan, sesi persekolahan untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersemuka ditetapkan mulai 1 September ini secara berperingkat.

Advertisement

Ini bermakna sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diteruskan sehingga 31 Ogos ini.

Menurut KPM, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira situasi semasa pandemik Covid-19 serta perbincangan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ketetapan ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.

Advertisement

Justeru Rozita menggesa keputusan itu dikaji semula, lebih-lebih lagi dengan penularan varian baru virus Covid-19, dalam masa sama imuniti kelompok masih belum dicapai.

“Kita bukan tidak percaya pada kerajaan, tapi rekod mereka sebelum ini amat menyedihkan dan membimbangkan.

“Jadi saya bercadang untuk hentikan sementara niat tersebut,” jelasnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top