BM | EN | 中文

PEMBATALAN JEMPUTAN AZMIN RASMI KONGRES AMK TIDAK WAJAR BERLAKU

IMG-20191113-WA0035.jpg
Advertisement

 

Oleh: Siti Nursyahidah Abu Bakar

PONTIAN, 13 NOV : Pembatalan jemputan kepada Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk merasmikan Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak wajar berlaku.

Advertisement

Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, ini kerana secara tradisinya Timbalan Presiden akan merasmikan Kongres AMK dan Kongres Wanita PKR serentak.

Sehubungan itu, beliau berharap isu tersebut akan mendapat campur tangan daripada  Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar ianya dapat diselesaikan.

“Sekiranya itu yang terjadi (jemputan Timbalan Presiden dibatalkan), maka tidak patut. Seolah-olah kita menidakkan konvensyen parti yang telah kita pegang.

Advertisement

“Dari awal penubuhan PKR pada 1998 hingga sekarang memang tidak pernah ada kelainan.

“Jadi saya harap Presiden yang baru ini iaitu Anwar harus meneliti perkara ini dan cuba tidak memecahkan tradisi atau konvensyen yang dibuat oleh parti,” katanya kepada wartawan selepas program konvoi Kayuhan Bomba Komuniti di Permas, di sini, hari ini.

Zuraida yang juga Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH) berkata, kontroversi yang berlaku boleh memberi persepsi negatif terhadap pengurusan parti.

Advertisement

Zuraida melepaskan program konvoi Kayuhan Bomba Komuniti di Permas, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan 21daripada 25 Ahli Pimpinan Pusat AMK membantah keputusan parti membatalkan jemputan kepada Mohamed Azmin untuk merasmikan Kongres Nasional AMK pada 6 Disember ini.

Tempat Mohamed Azmin akan digantikan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga bekas Presiden PKR.

JohorKini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top