BM | EN | 中文

Pembatalan aktiviti masjid di Johor dilanjut, merangkumi solat tarawih dan Aidilfitri

Sultan-Ibrahim-Sultan-Iskandar.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 APR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah agar semua aktiviti di masjid, surau dan musolla di negeri ini ditangguhkan lagi, sesuai lanjutan perintah kawalan pergerakan (PKP) sehingga 28 April ini.

Menurut kiriman yang dimuatnaik di laman Facebook baginda hari ini, penangguhan itu termasuklah aktiviti solat Jumaat, solat berjemaah lima waktu, solat tarawih dan apa jua aktiviti di semua masjid, surau dan musolla di Johor.

Malah, baginda turut bertitah, penangguhan itu turut termasuk solat sunat Aidilfitri dan aktiviti-aktiviti lain seperti aktiviti masakan bubur lambuk di masjid pada bulan puasa nanti.

Advertisement

“DYMM Sultan Johor bertitah, ia adalah seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 28 April 2020 dalam mencegah penularan wabak COVID-19.

“Baginda Tuanku Sultan turut bertitah, penangguhan itu termasuk solat sunat Aidilfitri dan aktiviti masakan bubur lambuk di masjid-masjid pada bulan puasa ini,” kenyataan pada laman tersebut dipetik.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Mufti Negeri Johor, Datuk Yahya Ahmad di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini

Advertisement

Dalam pada itu hanya tiga orang pegawai masjid iaitu imam, bilal, dan noja yang dibenarkan melaksanakan laungan azan dan pelaksanaan solat berjemaah lima waktu dan solat terawih di masjid.

“Bagi menghidupkan syiar bulan Ramadhan al Mubarak, masjid dan surau dibenarkan untuk mengguna pembesar suara bagi mengumandangkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran 10 minit sebelum azan waktu Maghrib dan bacaan al-Quran dan tarhim 15 minit sebelum subuh.

“Sultan Ibrahim turut bertitah menasihatkan pasangan pengantin supaya bersabar dan menangguhkan dahulu majlis nikah, serta mengingatkan supaya tidak berkumpul beramai-ramai di rumah,” kenyataan tersebut dipetik.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top