BM | EN | 中文

Pembantu pegawai perubatan maut, ambulan langgar tayar belakang treler dekat Simpang Renggam

Pembantu-pegawai-perubatan-maut-kemalangan-dekat-Simpang-Renggam.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 SEPT: Seorang pembantu pegawai penibatan maut selepas ambulans yang dinaikinya terbabit kemalangan dengan sebuah lori treler di Jalan Ayer Hitam Batu 49, Simpang Renggam di sini, malam tadi.

Ketika kejadian ambulans tersebut sedang dalam perjalanan membawa tiga pesakit dari Machap, terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki ke Hospital Enches Besar Hajjah Khalsom (HEBKL) di Kluang.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Renggam, Pegawai Bomba Kanan II Abd Rahim Razali berkata mangsa Aidil Hamidun, 27, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu ambulans Othman Ghafan, 50, cedera parah.

Advertisement

Abd Rahim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.14 malam tadi sebelum mengerakkan serannai 15 anggota dan dua jentera ke lokasi kejadian.

Katanya seorang pesakit wanita yang tidak dikenal pasti identitinya cedera parah, dua pesakit lain pula cedera ringan manakala pemandu lori treler berkenaan Mohd Rosli Mohd Zain, 35, tidak mengalami kecederaan.

“Sebaik Pasukan Keluaran Operasi tiba di lokasi kejadian, didapati berlaku kebakaran kecil di bahagian hadapan ambulans dan orang awam telah membantu memadamkan kebakaran itu…dan kesemua mangsa berjaya dikeluarkan daripada ambulans oleh pihak bomba,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisement

Abd Rahim berkata mangsa yang cedera parah diberi rawatan awal sebelum dibawa ke HEBHK dengan menaiki ambulans, manakala mayat mangsa diserahkan kepada pihak polls untuk tindakan lanjut.

Punca kemalangan dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Ketua Polls Daerah Kluang ACP Low Hang Seng dalam satu kenyataan berasingan berkata ambulans berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbalik di bahu jalan selepas melanggar tayar kiri belakang lori treler terbabit, yang ketika itu sedang membelok ke kanan untuk memasuki sebuah bengkel.

Advertisement

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top