BM | EN | 中文

Pembantu kedai warga Indonesia ditemukan mati di bilik sewa dekat Kempas

takziah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 JUN: Seorang pembantu kedai warga Indonesia ditemukan mati di bilik sewanya di kawasan Pusat Perdagangan Kempas di sini, kelmarin.

Ketua Polls Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid berkata mayat lelaki berusia 48 tahun itu ditemukan pihak polls pada jam 11.30 pagi selepas menerima aduan orang awam.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati lelaki itu tinggal berseorangan di bilik sewa terbabit.

Advertisement

“Siasatan awal yang dijalankan setakat ini tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan kecederaan pada lelaki itu.

“Bagaimanapun, kertas siasatan sebagai mati mengejut telah dibuka dan kes ini masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rupiah berkata mayat lelaki itu sudah dituntut warisnya selepas bedah siasat selesai dilakukan di Hospital Suttanah Aminah, di sini.

Advertisement

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu supaya tampil memaklumkan kepada Ibu Pejabat Polls Daerah Johor Bahru Utara di talian 07-5563122.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top