BM | EN | 中文

PEMBANGUNAN TANJUNG PIAI MESTI DINIKMATI ANAK TEMPATAN – SALAHUDDIN

IMG-20191115-WA0016.jpg
Advertisement

 

PONTIAN, 15 NOV: Tanjung Piai berpontesi besar dalam agro pelancongan, dan usaha pembangunan yang dijalankan perlu dinikmati anak tempatan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Kata Salahuddin, agro pelancongan seiring sektor pertanian memiliki potensi besar, lebih-lebih lagi dengan perkembangan revolusi industri 4.0.

Advertisement

“Akibat revolusi 4.0, kajian Mckinsey meramalkan dunia akan hilang 500 juta ke 700 juta pekerjaan,

“HSBC, syarikat perbankan antarabangsa dijangka membuang 10 juta pekerja seluruh dunia akibat perkembangan revolusi ini.

“Perkembangan ekonomi ini menunjukkan dunia akan kembali semula kepada sektor pertanian dan agro pelancongan

Advertisement

“Melalui agro pelancongan, Tanjung Piai berpontensi besar untuk dibangunkan dan pembangunan ini mesti diusaha dan dinikmati anak Tanjung Piai sendiri,” kata Salahuddin pada program ‘Visit My Kampung’, di Serkat, Pontian, hari ini.

Dalam pada itu Salahuddin yang juga ahli parlimen Pulai berkata, kekurangan bekalan makanan memaksa negara mengimport makanan dengan jumlah berjumlah kira-kira RM5.1 bilion.

“Kekurangan bekalan ini membuka peluang kepada Tanjung Piai menjadi industri pertanian, perikanan dan pelancongan memandangkan demografinya strategik.

Advertisement

“Malahan, industri sekunder seperti perkhidmatan penghantaran makanan bagi kapal-kapal yang masuk ke Pulau Pisang juga boleh dibangunkan

“Saya akan pastikan nelayan-nelayan tempatan yang mempunyai lesen untuk menguruskan perniagaan ini,

“Saya tak mahu dengar ada pula syarikat luar diberi lesen untuk peniagaan perkhidmatan ini.

Advertisement

“Tujuannya agar ekosistem ekonomi ini berlegar dalam kalangan anak tempatan agar keuntungan ini dinikmati orang Tanjung Piai,” katanya.

Menurut beliau lagi, ekosistem ekonomi ini tidak hanya memberi keuntungan kepada sebahagian pihak, malahan bersifat menyeluruh.

“Kelompok nelayan, petani, pengusaha homestay, pengusaha makanan akan dapat manfaat dari usaha agro pelancongan yang sedang diusahakan kerajaan hari ini,” kata Salahuddin lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top