BM | EN | 中文

PEMBANGUNAN PERUMAHAN LALUI TIGA PERINGKAT RUMIT, BUKAN SIAP SERTA-MERTA

dzulkefly-ahmad.png
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 13 SEPT: Sebarang pembangunan perumahan perlu melibatkan tiga peringkat yang rumit dan teliti iaitu peringkat perancangan, pembinaan dan jualan, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia, Dzulkefly Ahmad.

Katanya, projek pembangunan perumahan melalui proses awal, iaitu pembelian tanah, pelantikan perunding, penyediaan Laporan Kajian Pasaran, mengenalpasti komponen pembangunan yang mempunyai permintaan selain penyediaan Kajian Kemungkinan.

Selain itu, pembinaan sesebuah projek perumahan perlu menentukan pulangan kewangan, melantik Perunding Perancang Bandar untuk menyediakan pelan pembangunan bagi tujuan permohonan Kebenaran Merancang (KM) daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan penyediaan Pelan Bangunan oleh perunding Arkitek.

Advertisement

“Selepas itu permohonan untuk kelulusan Serah Balik Kurnia Semula (SBKS) daripada Jawatankuasa Hasilbumi, permohonan kelulusan Taburan Bumiputera sehinggalah pengeluaran hakmilik individu.

“Proses perancangan ini sahaja akan memakan masa antara 12 bulan ke 18 bulan,” kata Dzulkefly dalam kiriman whatsappnya.

Tambahnya, bagi peringkat kedua iaitu pembinaan terutamanya pembangunan bertanah (landed) memakan masa minimum di antara 18 hingga 24 bulan, termasuk tempoh kelulusan Sijil Pematuhan Penyiapan (CCC) daripada PBT.

Advertisement

“Bagi pembangunan bertingkat (strata), tempoh pembinaannya adalah lebih panjang iaitu antara 24-30 bulan,” kata Dzulkefly.

Manakala tempoh minimum yang perlu diambil bagi fasa pemasaran adalah 12 bulan, yang boleh dilakukan selepas pemaju memohon Lesen Penjualan & Lesen Pemaju (APDL) daripada Jabatan Perumahan Negara (JPN) dibawah KPKT (Kem Perumahan & Kerajaan Tempatan).

Justeru itu katanya, bidasan sesetengah pihak kononnya kerajaan negeri gagal menyiapkan rumah mampu milik pada masa ini adalah percubaan untuk mengelirukan rakyat

Advertisement

“Kerajaan Pakatan Harapan Johor baru jadi kerajaan 16 bulan. Jadi mana mungkin kita dapat siapkan rumah lagi.

“Ikut fasa, pihak pemaju perumahan yang mendapat KM (Kebenaran Merancang) dan SBKS (Serah Balik Kurnia Semula) daripada kerajaan paling awal berada dalam peringkat perancangan atau pertengahan peringkat pembinaan,” jelasnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top